Rabu, 27 Februari 2013

Sambutan Maulidurrasul 2013

Sambutan Maulidurrasul Peringkat PAPN Batu Pahat telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 24 Februari 2013. Majlis dimulakan dengan perarakan dan bacaan selawat nabi dari Rumah Persinggahan ke PAPN Batu Pahat. Seterusnya semua ibubapa, kanak-kanak, tetamu jemputan masuk ke ruang ceramah.



Majlis diteruskan dengan persembahan bacaan al-fatihah, bacaan doa-doa dan nasyid 'Anak Nabi Kita' oleh kanak-kanak berumur 4 tahun.


Seterusnya Majlis diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shamsul, Imam Masjid Yong Peng.



Majlis diakhiri dengan jamuan dan bersama-sama mengemas PAPN seperti sediakala. Terima kasih kepada semua ibubapa, pendidik kerana bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Selasa, 5 Februari 2013

KEMASUKAN BARU JANUARI 2013

Seramai 5 orang kanak-kanak baru telah mendaftar pada 3 Januari 2013

1) Nur atiqah Zuraini bt Hishammudin
2) Nur Aina Rasyidah bt Azli
3) Siti Nazurah bt nazli
4)Muhammad Irfan bin Mohd Erwan
5)Muhammad Zuldenial bin Zulkarnain.

Selamat datang di ucapkan dan semoga mereka dapat menyesuaikan diri Di Permata Batu pahat ini.
Kepada ibu bapa di harapkan dapat memberikan komitmen mereka dalam menjalankan aktiviti dan juga memberikan kerjasama dalam semua Program yang di anjurkan oleh pihak Permata Batu pahat.