Selasa, 2 Julai 2013

PAnduAn MELatiH Anak BerPuaSa

*Berbuka bersama keluarga di rumah. Hidangkan makanan yang digemari anak anda. Ini menimbulkan keseronokan.
*Selepas berbuka, amalkan niat berpuasa bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
*Kejut anak anda untuk bersahur. Bangun pagi untuk menikmati makanan adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan kanak-kanak.
*Jangan biarkan si kecil begitu aktif termasuk bermain kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
*Pastikan jika anda mempunyai anak kecil berusia empat tahun atau kurang, jangan biarkan mereka makan di hadapan anak yang sedang berpuasa.
*Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.
*Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. *Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh.

lanskap di PERMATA BATU PAHAT

 
Antara kemudahan dan juga pemandangan di PAPN BATU PAHAT..
 







TUMBUHAN DI PERMATA

Bagi bulan JUN tema kanak-kanak adalah tumbuhan. dengan adanya tumbuhan di sekitar Permata dapatlah mereka mengenali beberapa jenis pokok di sekitar mereka.  Kredit di berikan kepada tukang kebun PAPN Batu Pahat, Johor.










 Antara tumbuhan yang hidup subur di Permata...

JEREBU...

Salam kemesraan...

Baru-baru ini masalah jerebu melanda Negara kita tidak ketinggalan juga di kawasan PAPN BATU PAHAT di mana udara yang di sedut amat berbahaya kepada kesihatan kanak-kanak. oleh itu aktiviti luar tidak di adakan...namun ini tidak mematahkan semangat kanak-kanak untuk hadir ke Permata.

ibu bapa juga amat memahami situasi ini dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pendidik untuk mengasuh anak mereka.

Bagaimanapun Permata terpaksa di tutup berikutan jerebu yang teruk melanda pada 24 JUN 2013 (isnin) setelah menerima arahan daripada Pihak Bahagian Permata.

Alhamdulillah semua kanak-kanak dan juga pendidik masih sihat dan bersemangat ntuk ke Permata lagi...Di harapakan dengan ujian yang mendatang ini akan menjadikan mereka lebih matang dan bersemangat...