Ahad, 6 Julai 2014

RAMADHAN AL-MUBARAK



Kami warga PAPN BATU PAHAT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. semoga Ramadhan kali ini akan memberikan impak yang positif dalam diri kita semua. InsyaAllah..

 Alhamdulillah kami warga Pendidik di PAPN BATU PAHAT ini semakin bersemangat untuk mendidik anak-anak ini makna ramadhan di dalam konteks pemahaman yang mudah untuk kanak-kanak. ada kanak-kanak yang juga cuba untuk berpuasa...seronok melihat mereka cuba untuk bertahan menahan makan dan minum. "Cikgu saya tak nak makan, saya puasa tau. minum pun saya tak nak." waktu makan tengah hari baru mereka akan makan. Alhamdulillah walaupun masih kecil mereka telah menunjukkan sikap ingin mencuba dan juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Islam. Di harapkan ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.