Selasa, 28 Februari 2012
SaMbuTaN MauLidurRasuL 2012
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada Ahad, 26 Februari 2012. Program dimulakan dengan perarakan selawat nabi yang diketuai oleh En Ridzuan bermula dari rumah persinggahan VIP hingga ke PAPN.
Kemudian bacaan selawat diteruskan dengan kumpulan bapa di ruang dalam PAPN. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh En Hussien. Persembahan nasyid anak-anak 4 tahun dimulakan dengan bacaan selawat dan 2 buah nasyid iaitu Alhamdulillah dan Satu-satu sayang semuanya.
Penyampaian tazkirah disampaikan oleh Ustaz Anuar bin Mustapha yang bertajuk 'Ibubapa cemerlang, anak cemerlang'.Kemudian acara diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada penceramah oleh Pengerusi PIBP.
Majlis diteruskan dengan jamuan makan. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang yang menyumbang dengan ikhlas sempena Sambutan Maulidur Rasul PAPN 2012 ini. Tahniah diucapkan kepada semua atas kejayaan menjayakan majlis ini.
Ahad, 26 Februari 2012
PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN KLINIK BATU PAHAT
Rabu, 8 Februari 2012
BENGKEL BERSAMA PROF DR JAMES LEE HOOT
Pada 30 Januari 2012 sehingga 3 Februari 2012, bengkel bersama Prof Dr Hoot telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, UPSI. Seramai 30 orang pendidik PERMATA menyertai bengkel ini.
Pelbagai ilmu yang telah kami perolehi selama 5 hari merangkumi ' Quality physical environment, Action research in ECCE, Designing maximum educational play, Developmentally appropriate play structures dan Parents in the educational lives of children'
Langgan:
Catatan (Atom)