Ahad, 7 Ogos 2011

Program Ramadan Dekat di Hati





Sempena bulan Ramadan yang mulia, PIBP PAPN Batu Pahat telah mengadakan Program Ramadan Dekat di Hati di mana Majlis Berbuka, solat Magrib dan Isyak berjemaah, bacaan yasin dan solat Terawih telah diadakan pada 6 Ogos 2011. Terima kasih kepada semua AJK yang bersungguh menjayakan Program ini. Tahniah kepada Pengarah Projek Puan Rohaya dan En Fauzi kerana telah berjaya mengadakan Program ini.

Majlis Berbuka Puasa dan Solat berjemaah diserikan dengan kehadiran Imam Ustaz Shahrul Anuar daripada Pejabat Agama Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada ustaz kerana sudi meluangkan masa bersama Program Ramadan Dekat di Hati PAPN Batu Pahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan