Ahad, 6 Julai 2014

RAMADHAN AL-MUBARAK



Kami warga PAPN BATU PAHAT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. semoga Ramadhan kali ini akan memberikan impak yang positif dalam diri kita semua. InsyaAllah..

 Alhamdulillah kami warga Pendidik di PAPN BATU PAHAT ini semakin bersemangat untuk mendidik anak-anak ini makna ramadhan di dalam konteks pemahaman yang mudah untuk kanak-kanak. ada kanak-kanak yang juga cuba untuk berpuasa...seronok melihat mereka cuba untuk bertahan menahan makan dan minum. "Cikgu saya tak nak makan, saya puasa tau. minum pun saya tak nak." waktu makan tengah hari baru mereka akan makan. Alhamdulillah walaupun masih kecil mereka telah menunjukkan sikap ingin mencuba dan juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Islam. Di harapkan ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

Sabtu, 25 Januari 2014

MAJLIS GEMILANG PERMATA KALI KE-6

 
 
 
 
Majlis Gemilang Permata kali ke-6 telah di adakan di Hotel Novo Park Batu Pahat pada 1 Disember 2014 bagi meraikan kanak-kanak yang telah tamat program Permata. Majlis ini telah di rasmikan oleh Ketua Jabatan daripada Universiti Tun Hussein Onn En Shamsul Kamal serta isteri.. Majlis juga turut di meriahkan oleh wakil daripada Agro Bank Pn Azlina dan En Nazrul serta isteri. Tahniah di ucapkan kepada semua warga PAPN BATU PAHAT yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Kerjasama daripada semua ibu bapa amat di hargai. Semoga kanak-kanak yang telah tamat belajar akan terus Berjaya di masa hadapan..insyaALLAH..
 







Ahad, 15 Disember 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA

Di sebabkan sambutan Hari Raya aidilfitri di sambut padabulan Ogos maka sambutan ini digabungkan bersama sambutan kemerdekaan...

Pelbagai aktiviti di jalankan bagi memeriahkan majlis. antaranya aktiviti dekorasi kek, bermain batu seremban, congkak, pakaian berhias. tema yang di tetapkan adalah merdeka raya. keperluan memenuhi tema adalah sangat penting bagi memastikan kejuaraan. ibu bapa semua memberikan kerjasama yang amat baik.












PROGRAM LAWATAN KE BALAI POLIS BATU PAHAT

Salam sejahtera..

Pertama sekali pihak PAPN BATU PAHAT ingin memohon maaf di atas kelewatan "update" blog ni. ini adalah di sebabkan masalah yang tidak dapat di elakkan.. baklah kita sambung lagi aktiviti yang di jalankan di Permata bersama ibu bapa dengan mengadkan lawatan ke Balai Polis Batu Pahat. Pihak kami di bawa melawat sekitar tempat aduan, dan juga kenderaan polis yang sering di gunakan. kanak-kanak juga di berikan pluang menaiki kenderaan tersebut.

Banyak info yang di perolehi yang boleh di manfaatkan.Dan semoga dengan lawatan ini akan dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada setiap kanak-kanak khususnya..

Berikut adalah antara yang sempat di rakam sepanjang lawatan di balai Polis Batu Pahat ini.







'
'

Selasa, 24 September 2013

PEMANDANGAN YANG INDAH -HOT AIR BALLOON.

Sebelum memulakan aktiviti kena la baca doa belajar dulu ye..

 capan span untuk menghasilkan ruang udara dan kawasan tanah yang di tumbuhi rumput..


 ini lah hasilnya...cantik sangat..tapi belum siap sepenuhnya sebab hot air balloon x siap lagi tampal..


 
                                          khusyuk betul imran dengan qistina ni buat aktiviti..

 ini Aqilah tampal gambar pada bentuk love untuk hasilkan belon pada hot air balloon.

 

Jumaat, 20 September 2013

MARI SOLAT

Latihan amali bersolat....walaupun tidak menggunakan telekung dan songkok yang penting mereka dapat memahami konsep bersolat dan juga cara-caranya..mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh dan juga solehah..amin..

Khamis, 19 September 2013

AKTIVITI PENGLIBATAN IBU BAPA

Ibu bapa perlu menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak Permata  sekurang-kurangnya 1 jam seminggu dan 4 jam sebulan. ini adalah merupakan aktiviti penglibatan ibu bapa yang telah termaktub di dalam aku janji semasa memasuki Permata. oleh itu semua ibu bapa perlu mematuhi syarat tersebut. ini adalah bagi membantu sesi pembelajaran kanak-kanak di Permata. Dengan penglibatan ibu bapa ini akan membolehkan ibu bapa memantau proses pembelajaran di Permata. Kerjasama yang positif yang di tunjukkan oleh ibu bapa akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan Program Permata ini.
 
Antara aktiviti yang boleh di lakukan adalah seperti mewarna, bermain puzzle, bola, melukis, dan bermain alat muzik.