Ahad, 11 Disember 2011

GOTONG ROYONG PERDANA 2011






Program gotong royong Perdana telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Disember 2011. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang turut sama hadir membersihkan dan menceriakan PAPN Batu Pahat.

Program bermula tepat jam 8.30 pagi. Pengarah Projek bagi program ini ialah Pn Hendon Tohrikat. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hendon, Pn Roliah, Cikgu Hani yang membawa juadah untuk program pada kali ini.

Isnin, 5 Disember 2011

MAJLIS GEMILANG PERMATA 2011


Majlis Gemilang Permata Kali ke-4 PAPN Batu Pahat telah diadakan pada 26 November 2011 di Dewan Balai Bomba, Jalan Timah Sari Batu Pahat. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada vvip yang terdiri daripada Tn Fauzi selaku Ketua Balai Bomba merangkap perasmi majlis pada malam itu, En Faiq selaku Pegawai Pemantau PERMATA, En Nazrul, wakil Agrobank Batu Pahat dan En Ahmad Fuad wakil Sek Keb Temenggung Ibrahim Penggaram selaku sekolah angkat PAPN Batu Pahat.

Gandingan mantap dua pengacara hebat iaitu Pn Safinaz dan En Izwan amat menyerikan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Hussien Tendot. VIP dan tetamu dihiburkan dengan persembahan lakonan anak-anak 4 tahun yang bertajuk "Air dicincang takkan putus", persembahan nyanyian lagu PERMATA serta ucapan daripada anak-anak 4 tahun iaitu adik Aliyah, Aina, Syazwan dan Insyirah.

PAPN BP amat berbesar hati dengan pihak Agrobank yang sudi menaja hadiah kepada 7 anak-anak yang membuat simpanan tertinggi. Tahniah diucapkan kepada adik Shakir Aiman, Iman Firzanah, Taufik, Amirah, Insyirah, Hafiy, dan adik Aina Farisyah.

Rabu, 9 November 2011

ProGraM StoRe ToUr Ke CaRefouR BatU PaHaT






Pada 9 November 2011, satu program bersama Carefour Batu Pahat telah diadakan. Program yang dinamakan 'Fruit and Vegetable Store Tour' telah memberi manfaat kepada kanak-kanak PAPN BP di mana bukan sahaja kanak-kanak dapat mengenal pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran malah kanak-kanak dapat meneroka rupa, tekstur, warna, dan sebagainya.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak Carefour terutamanye Puan Norashikin kerana melayan karenah kanak-kanak daripada mulanya program, jamuan ringan hingga ke majlis penutup. Kanak-kanak berasa sangat gembira kerana menerima cenderahati daripada pihak Carefour.Semoga pada tahun yang akan datang, pihak Carefour sudi bekerjasama dengan PAPN BP.

Rabu, 2 November 2011

LAWATAN JEMAAH NAZIR KE PAPN BP


Seramai 7 orang Jemaah Nazir daripada KPM telah hadir ke PAPN BP bagi lawatan kerja dan profesionalisme serta pemantauan. Alhamdulillah, pendidik PAPN BP dapat memberi segala maklumat yang berkaitan kepada jemaah Nazir. Jemaah Nazir juga banyak memberi tunjuk ajar dan idea bagi penambahbaikan serta meningkatkan prestasi warga kerja PAPN BP. Tahniah buat semua pendidik, PPM, kontraktor makanan dan kontraktor pembersihan.

Sabtu, 8 Oktober 2011

LAWATAN ASATIZAH MASJID ASSYIKIRIN SINGAPURA KE PAPN BATU PAHAT






PAPN Batu Pahat amat berbesar hati kerana sekali lagi menerima kunjungan daripada Warga Singapura. Lawatan kali ini adalah daripada Asatizah Masjid Assyikirin Singapura seramai 15 orang. Pelbagai aktiviti, perbincangan, perkongsian ilmu telah dijalankan di antara pendidik permata dengan asatizah ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi kerana ianya dapat menambahkan ilmu serta idea warga pendidik.

Jumaat, 30 September 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR fAriSh NajMi




KALAU RINGAN ITU KAYU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
KALAU BERAT ITU BATU,
MAY GOD BLESS YOU TOO.

Ahad, 25 September 2011

LAWATAN AESEC KE PAPN BATU PAHAT





Pada 23 September 2011, pihak AECES (Association For Early Childhood Educators Singapore) telah mengadakan lawatan profesionalisme ke Permata Batu Pahat. Sesi taklimat, sesi Q & A telah diadakan di antara Ketua Pendidik dan Pendidik bersama-sama dengan pelawat. Pihak Permata Batu Pahat sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak AECES kerana kami dapat bertukar idea dan berkongsi ilmu.
Sedikit jamuan ringan disediakan oleh pihak PAPN BP untuk pelawat. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang turut sama membantu memberi penerangan serta melayan pelawat ketika jamuan.

Khamis, 22 September 2011

nAtuRe WaLk ke TERmiNaL FeRi MinYak BeKu






Tema bulan September adalah kenderaan. Oleh yang demikian, pendidik telah membawa anak-anak PAPN BP nature walk ke Terminal Feri Minyak Beku, Batu Pahat. Walaupun daripada jauh dapat melihat feri, boat, anak-anak sangat teruja dapat melihatnya.

Rabu, 21 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 15





Marhaban rumah ke-15 adalah rumah Adik Aisy Hafiy yang terletak di Taman Bukit Flora. Terima kasih diucapkan kepada ayah dan ibu adik Hafiy (Pn Amida dan En Shamsul) di atas kesudian menerima kunjungan kami. Hidangan pada malam ini dikongsi bersama dengan Pn Najmah, Pn Suzilah dan En Hussien. Menu yang sangat istimewa iaitu Mi Bandung, Otak-otak, Bubur Pulut Hitam, Nuget dan Buah-buahan.

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 14





Marhaban rumah ke-14 adalah rumah adik Aqil Saifullah yang terletak di Taman Banang Jaya. Terima kasih diucapkan kepada papa dan mama adik Aqil (En Hussien dan Pn Salinah) atas menerima kunjungan marhaban daripada PAPN BP

Selasa, 20 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 13






Tiba giliran marhaban PAPN BP ke rumah adik Imran yang terletak di Taman Miri. Terima kasih kepada mama dan ayah adik Imran (Pn Wan Azalia dan En Eddyham) di atas kesudian menerima kunjungan daripada kami.

Isnin, 19 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 12






Marhaban PAPN masih lagi diteruskan dengan kunjungan ke rumah Cikgu Hajar yang terletak di Taman Sri Penggaram. Tuan rumah telah menyediakan pelbagai juadah, antaranya mi rebus, pecal, puding,jeli kelapa dan kuih-muih. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah di atas kesudian menerima kunjungan kami.

Rabu, 14 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 11





Marhaban yang ke 11 adalah rumah Nenda Adik Khalis Irdina yang terletak di Parit Kuda. Alhamdulillah, walaupun hujan mengiringi perjalanan, konvoi marhaban selamat tiba di rumah. Terima kasih kepada tuan rumah, ummi dan abah Dina atas jemputan marhaban pada tahun ini.