Ahad, 6 Julai 2014

RAMADHAN AL-MUBARAK



Kami warga PAPN BATU PAHAT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. semoga Ramadhan kali ini akan memberikan impak yang positif dalam diri kita semua. InsyaAllah..

 Alhamdulillah kami warga Pendidik di PAPN BATU PAHAT ini semakin bersemangat untuk mendidik anak-anak ini makna ramadhan di dalam konteks pemahaman yang mudah untuk kanak-kanak. ada kanak-kanak yang juga cuba untuk berpuasa...seronok melihat mereka cuba untuk bertahan menahan makan dan minum. "Cikgu saya tak nak makan, saya puasa tau. minum pun saya tak nak." waktu makan tengah hari baru mereka akan makan. Alhamdulillah walaupun masih kecil mereka telah menunjukkan sikap ingin mencuba dan juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Islam. Di harapkan ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

Sabtu, 25 Januari 2014

MAJLIS GEMILANG PERMATA KALI KE-6

 
 
 
 
Majlis Gemilang Permata kali ke-6 telah di adakan di Hotel Novo Park Batu Pahat pada 1 Disember 2014 bagi meraikan kanak-kanak yang telah tamat program Permata. Majlis ini telah di rasmikan oleh Ketua Jabatan daripada Universiti Tun Hussein Onn En Shamsul Kamal serta isteri.. Majlis juga turut di meriahkan oleh wakil daripada Agro Bank Pn Azlina dan En Nazrul serta isteri. Tahniah di ucapkan kepada semua warga PAPN BATU PAHAT yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Kerjasama daripada semua ibu bapa amat di hargai. Semoga kanak-kanak yang telah tamat belajar akan terus Berjaya di masa hadapan..insyaALLAH..