Khamis, 13 Jun 2013

SAMBUTAN HARI LAHIR ADAM

 
Sedapnya nampak kek adam tu..emmm..kawan-kawan pun nampak tak sabar nak makan kek adam tu..
 
Semoga adam menjadi anak yang bijak dan soleh. "Happy birthday"

SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU

18 MEI 2013 - PAPN BATU PAHAT telah mengadakan sambutan Hari Ibu dan juga Guru. tujuan program ini di jalankan adalah bagi menghargai jasa ibu dan juga guru. antara acara yang di jalankan adalah seperti BBQ, bertukar-tukar hadiah dan juga cenderahi daripada ibu bapa kepada guru. pendidik juga tidak ketinggalan memberikan hadiah cenderahati kepada ibu hasil karya anak-anak mereka mereka.sambutan ini sangat meriah dan kerjasama daripad ibu bapa juga amat baik. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.

Rabu, 12 Jun 2013

TEMASYA SUKAN RIA

1.5.2013 - PAPN BATU PAHAT telah mengadakan hari sukan. seramai 19 buah keluarga telah mengikuti program hari sukan tersebut. pelbagai acara sukan di adakan bagi ibu bapa, kanak-kanak dan juga pendidik. antara acara yang di lakukan ialah memasukkan air di dalam botol, membawa bola ping pong dalam sudu, lari dalam guni dan juga leret bola. bagi acara ibu pula adalah masukkan air gunakan sudu dan juga jalan ikat kaki. bagi acara ayah pula adalah kaki pancing dan juga belonku sayang. Acara bagi keluarga juga turut di adakan iaitu bermain bowling dan juga rantaian kasih. acara bagi pendidik ialah memancing botol. acara kemuncak adalah acara semakin jauh semakin sayang.