Rabu, 29 Disember 2010

SAYA BANGGA!


Adik Nur Airiesyah bt Faizal seronok dan berbangga sebab dapat ambil gambar bersama penaung program PERMATA iaitu Datin Seri Rosmah Mansor

Ahad, 26 Disember 2010

KuRsUs TEaM buiLdiNg & KursuS ReFrEsHeR






Pada 20-25 Disember 2010, semua pendidik dan pembantu PAPN Seluruh Malaysia telah menghadiri Kursus Team Building dan Kursus Refresher 2010 bertempat di Agrotek, Ulu Langat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya Jungle Tracking, Ground Obstacle, Flying Fox dan Explorace. Setiap peserta dibahagiakan kepada 4 kumpulan. Semua peserta sangat gembira dan bersemangat dalam memastikan pasukan memenangi setiap acara.

Khamis, 16 Disember 2010

Sebelum Ke Program Hari Keluarga





Seramai 10 orang ibu/bapa dan 10 orang kanak-kanak berumur 3-4 tahun menyertai Program Hari Keluarga Permata yang diadakan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Bas bergerak daripada PAPN jam 9.00 pagi. Anak-anak PERMATA yang paling gembira dan ceria. Ibubapa pula teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan di sana nanti. 2 orang pendidik mengiringi program ini.

Rabu, 8 Disember 2010

GayA Arab dari anAK-anaK 1-2 TahuN




Bertemakan 'Arabian Night' pada Malam Gemilang Permata 2010, kanak-kanak berumur 1-2 tahun telah menyertai persembahan Fesyen show. Berikut ialah gaya pesona mereka:- (Gambar 1-Adik Nur Iman Firzanah pemenang Fesyen show, Gambar 2-Adik Muhammad Zaim Waldan, Gambar 3-Adik Siti Zulaikha

Ahad, 5 Disember 2010

GeLAGAt AnaK-AnaK PAPN BATu PAHAt






Sangat Ceria dan Gembira...

MAJLIS GEMILANG PERMATA 2010






Pada 27 November 2010, PAPN Batu Pahat, PAPN Pt Guntong, PAPN Tenggaroh telah bergabung untuk menjayakan Majlis Gemilang Permata. Majlis diadakan di Hotel Landmark, Batu Pahat. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Dato' Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Pt Sulong, Tn Hj Shafie (PPD Batu Pahat) dan Tn Hj Idris (Guru Besar Sekolah Angkat bagi PAPN Batu Pahat). Majlis lebih bermakna dengan persembahan nyanyian lagu PERMATA oleh anak-anak daripada ketiga-tiga PAPN serta persembahan lain seperti Fesyen Show dan Gerakan HIPPO. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah ibubapa di atas penglibatan yang begitu komited. Acara terakhir ialah sambutan hari lahir anak-anak yang lahir pada bulan 10,11 dan 12. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan Majlis Gemilang Permata Negeri Johor.

Isnin, 11 Oktober 2010

pROGRaM TOddLER bATU pAHAT



Tahniah diucapkan kepada Muhammad Rayyan Akmal dan Nur Airiesyah kerana telah terpilih sebagai penerima gigi tercantik kanak-kanak pada 8 Oktober 2010 yang lalu. Majlis penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian, Dr Hjh Mahrusah di Dewan Jubli Intan.

Sabtu, 2 Oktober 2010

maJLiS HaRi RaYa






Sambutan Hari Raya telah diadakan pada Jumaat, bersamaan 1 Oktober 2010 di perkarangan PAPN Batu Pahat. Pelbagai juadah telah dibawa oleh ibubapa. Manakala menu utama telah dimasak oleh Kak Ida. Kanak-kanak seronok memakai baju raya. Ada yang teruja untuk memakai sendiri baju melayu dan samping. Staf PAPN, kanak-kanak, ibubapa turut sama bermain bunga api, berselawat ke atas nabi dan menjamu selera. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan Majlis Hari Raya ini. Maaf Zahir Batin dari kami Staf PAPN Batu Pahat

Isnin, 6 September 2010

MAjLis BeRBukA PuAsA & SoLaT TeRawiH






SEBELUM MAJLIS

Persiapan sebelum majlis telah diadakan pada hari sabtu jam 9.30 pagi. Beberapa ibubapa telah hadir bersama-sama dengan pendidik bagi membuat serba sedikit persediaan. Antaranya menyusun kerusi dan meja, menghias meja buffet, memasang pelita dan mengemas ruang dalam PAPN yang akan digunakan sebagai ruang solat. Alhamdulillah, pihak MPBP (sekalung terima kasih buat Puan Rafida yang menguruskan) telah menyediakan 2 buah khemah, 100 buah kerusi dan 6 buah meja buffet. Manakala Jabatan Penerangan Batu Pahat (sekalung terima kasih buat Puan Haliza yang menguruskan) telah menyediakan set Portable PA System.

KETIKA MAJLIS

Ibubapa hadir ke PAPN jam 6.00 petang. Pelbagai juadah telah dimasak oleh kaum ibu daripada rumah. Antaranya Sup Makaroni, Nasi Goreng, KFC, Mee Goreng, Dadih, Jeli Kelapa, minuman istimewa Air Ribena serta bermacam jenis juadah. Sebaik sahaja azan berkumandang, kami semua hanya berbuka dengan kurma, kuih dan air. Kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah berimamkan oleh Pegawai Agama Daerah Batu Pahat. Selesai sahaja solat Maghrib, barulah kami semua menikmati hidangan yang telah dibawa oleh semua ibubapa.

Sebelum solat Isyak, kami semua mengadakan bacaan Yasin. Seterusnya Solat Isyak dan Solat Terawih berjemaah. Terima kasih diucapakan kepada warga PAPN Batu Pahat yang sama-sama mengimarahkan bulan Ramadan di PERMATA.

Jumaat, 3 September 2010

AktiViti MeMbuAt KuiH BatiK




Yea Yea cikgu nak ajar kami buat kuih raya...Inilah yang anak-anak sibuk bercerita dengan kawan-kawan mereka. Hari ini Cikgu Su dan Kak Rima nak ajar anak-anak buat Kuih Batik. Cikgu terangkan semua bahan-bahan yang diperlukan iaitu-Biskut Marie, Milo, Susu Pekat Manis, Butter. Mula-mula anak-anak bahagikan biskut marie kepada dua bahagian dan letak dalam pinggan plastik masing-masing...Kemudian, Kak Rima tunjuk pada anak-anak cara membuat kuih batik...Mula-mula cairkan butter dalam kuali, kemudian masukkan milo dan susu pekat manis, kacau hingga sebati..Kemudian masukkan biskut marie..Tugas anak-anak yang terakhir ialah masukkan biskut tadi ke dalam loyang dan tekan dengan menggunakan sudu..Dan masukkan ke dalam peti ais...Yummy...tak sabar anak-anak nak rasa...

Isnin, 30 Ogos 2010

LAGU PATRIOTIK

31 OGOS

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang


MALAYSIA BERJAYA

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Khamis, 26 Ogos 2010

AkTiViti Ke MAsjid Dan BeLajAr MenGambiL Wuduk





Pada 20 Ogos 2010, anak-anak PAPN kumpulan umur 2-3 tahun telah pergi ke Masjid Bandar bagi mengenal fungsi rumah ibadah bagi orang Islam. Selain itu, pendidik telah mengajar anak-anak cara mengambil wuduk. Kemudian anak-anak berehat seketika di Wakaf Masjid. Semoga jiwa anak-anak sentiasa diterapkan nilai-nilai Islam.

Selasa, 17 Ogos 2010

PerSiApan HaRi KeBanGsAAn






Alhamdulillah, warga PAPN batu pahat berpeluang memasang bendera Malaysia dan merasai semarak Kemerdekaan buat kali ke-3. Kanak-kanak juga berkobar-kobar membantu pendidik dan mengibarkan bendera. Inilah yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak sejak di awal usia supaya semangat sayangkan tanah air dan bangga menjadi rakyat Malaysia sentiasa tersemat dalam sanubari mereka. KAMI BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!

Ahad, 15 Ogos 2010

PAnduAn MELatiH Anak BerPuaSa

*Berbuka bersama keluarga di rumah. Hidangkan makanan yang digemari anak anda. Ini menimbulkan keseronokan.
*Selepas berbuka, amalkan niat berpuasa bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
*Kejut anak anda untuk bersahur. Bangun pagi untuk menikmati makanan adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan kanak-kanak.
*Jangan biarkan si kecil begitu aktif termasuk bermain kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
*Pastikan jika anda mempunyai anak kecil berusia empat tahun atau kurang, jangan biarkan mereka makan di hadapan anak yang sedang berpuasa.
*Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.
*Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. *Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh.

(dipetik dr ummycuteblog)

Sabtu, 31 Julai 2010

SEMINAR PERGIGIAN GURU TASKA DAN PRA SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT






Pada 31 Julai 2010 bertempat di Klinik Pakar 4 Hospital Batu Pahat, telah diadakan Seminar Pergigian bagi Guru-guru Taska dan Pra Sekolah Daerah Batu Pahat. Banyak input dan idea yang disampaikan oleh pakar kesihatan iaitu Dr Habibah, Dr Mahfuzah dan jururawat bertugas. Semua peserta seminar diberi sijil penyertaan. Terima kasih diucapkan kepada urusetia yang sentiasa mempamerkan senyuman dan memberi penerangan.