Isnin, 27 Jun 2011

PROGRAM CERAMAH KEIBUBAPAAN






Pada hari ahad, 26 Jun 2011, Program Ceramah Keibubapaan telah diadakan di PAPN Batu Pahat. Terima kasih diucapkan kepada penceramah, Tn Hj Ramli Bin Hj Bandahara kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan ibubapa PAPN Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Projek iaitu Puan Suzilah dan En Halaji di atas kejayaan menjayakan program ini.

Di antara isi ceramah ialah:-

1. Peranan ibubapa amat penting dalam mendidik anak. Didiklah dan ajarlah anak sejak
dari mereka dalam buai lagi.
2. Dalam rumah tangga perlulah ada rasa cinta, kasih sayang dan belas ihsan di
antara suami, isteri dan anak-anak.
3. Pisahkan tempat tidur di antara anak dan ibubapa apabila anak berusia 7 tahun.

Khamis, 16 Jun 2011

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU HARISUN & CIKGU SURAIYA





Warga PAPN Batu Pahat mengucapkan Selamat Belajar kepada Cikgu Harisun dan Cikgu Suraiya. Semoga ilmu yang bakal dipelajari dapat diaplikasikan dalam mendidik anak-anak PERMATA kelak. Tahniah diucapkan.