Sabtu, 31 Julai 2010

SEMINAR PERGIGIAN GURU TASKA DAN PRA SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT






Pada 31 Julai 2010 bertempat di Klinik Pakar 4 Hospital Batu Pahat, telah diadakan Seminar Pergigian bagi Guru-guru Taska dan Pra Sekolah Daerah Batu Pahat. Banyak input dan idea yang disampaikan oleh pakar kesihatan iaitu Dr Habibah, Dr Mahfuzah dan jururawat bertugas. Semua peserta seminar diberi sijil penyertaan. Terima kasih diucapkan kepada urusetia yang sentiasa mempamerkan senyuman dan memberi penerangan.

Selasa, 20 Julai 2010

PeNggaMBaRan KonvoKesyEn





Penggambaran konvokesyen telah diadakan istimewa buat semua anak-anak PERMATA Batu Pahat. Jurukamera ALONG pandai mengambil mood anak-anak dan hasil gambar mereka sangat cantik. Pasti ibubapa tidak sabar melihat. Walaubagaimanapun kena tunggu ketika Majlis Gemilang PERMATA.

mENONTON fiLeM 'zOO' BeRsAMa iBUbaPa



Tema Bulan Julai adalah mengenai haiwan. Oleh yang demikian PIBP PAPN Batu Pahat telah memilih untuk menonton filem 'Zoo' di MBO Square One, Batu Pahat. Kanak-kanak sangat teruja apatah lagi ibubapa.

Ahad, 11 Julai 2010

HaRi KeCeriAaN PAPN BAtu PAhAT 10 JuLai 2010






Pada 10 Julai 2010(Sabtu),telah diadakan Hari Keceriaan 2010 PAPN Batu Pahat. Ibubapa dan pendidik bertungkus lumus menceriakan dan membersihkan keseluruhan kawasan PERMATA Batu Pahat. Tahniah kepada semua kerana berjaya menjalankan tugasan masing-masing dengan cemerlang.

Isnin, 5 Julai 2010

pERhiMpuNAN pAgi





Setiap hari kecuali hari jumaat, anak-anak permata batu pahat akan berhimpun untuk menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu PERMATA. Setiap kanak-kanak mengikut giliran menaikkan bendera Malaysia dan bendera Negeri Johor. Kemudian akan melakukan senaman pagi dann Chicken Dance bersama pendidik.