Selasa, 24 Mei 2011

LAWATAN KE BALAI BOMBA





CLAY MAKING COMPETITON AT EON BANK




Anak-anak PAPN BP yang berumur 4 tahun telah diundang oleh pihak EON Bank untuk menyertai pertandingan merekabentuk menggunakan tanah liat. Terima kasih kepada En Zaharuddin, Pn Rafida dan Pn Aminnurarsyidah yang membantu dan memberi idea pada anak-anak dalam menghasilkan playdough dalam pelbagai bentuk. Aktiviti seperti ini amat memberi rangsangan kepada IQ kanak-kanak. Semoga EON Bank sudi menjemput anak-anak PAPN BP lagi.

Isnin, 23 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun Amirah & Taufik




Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

TEMASYA SUKAN RIA






Temasya Sukan Ria telah diadakan di Stadium Batu Pahat pada 22 Mei 2011. Pelbagai acara sukan diadakan khusus buat anak-anak PAPN, kaum ibu, kaum bapa serta acara sukan istimewa buat pendidik dan ppm.

Temasya Sukan dimulakan dengan bacaan doa oleh En Hussien dan seterusnya senamrobik bersama juruaerobik jemputan. Kemudian dimulakan acara sukan bagi kumpulan umur 1-2 tahun, 2-3 tahun dan 3-4 tahun. Acara diteruskan dengan game bapa VS bapa, ibu VS ibu, guru VS ibu.

Terima kasih buat Mc'Donald, Carefour dan Agrobank yang sudi memberi sumbangan dalam mewarnakan lagi temasya sukan ini.Tahniah diucapkan kepada semua AJK Temasya Sukan Ria dengan kerjasama sepasukan dalam memastikan Temasya Sukan Ria dapat dijalankan dengan efektif dan GEMPAK!

Sabtu, 21 Mei 2011

PersiApan PadAnG






Walaupun hujan renyai-renyai, beberapa ajk hadir ke stadium bagi membuat persiapan Temasya Sukan Ria. Terima kasih diucapkan kepada En Luqman, En Hussien, En Shamsul, En Izwan, Pn Suzilah, Pn Rafida, Pn Azidah, Pn Junaidah, Pn Roliah, Pn Amida, semua pendidik dan PPM yang sudi meluangkan masa untuk bergotong-royong untuk memastikan Temasya Sukan Ria dapat dijalankan dengan baik dan efektif.

PRA-TeMasYa SukAn RiA






Pendidik membuat latihan sukan bersama anak-anak sempena Temasya Sukan Ria. Alhamdulillah, anak-anak PAPN Batu Pahat bersemangat dan memahami konsep permainan. "Anak Cergas, Keluarga Cerdas".Semoga slogan ini menjadi kenyataan di mana anak-anak yang cergas akan melahirkan sebuah keluarga yang cerdas.

Rabu, 18 Mei 2011

16 MEI 2011 YANG ISTIMEWA

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988