Jumaat, 16 November 2012

MAJLIS GEMILANG PERMATA KALI KE-5

Majlis Gemilang Permata telah di adakan pada  04 November 2012 di Pinetree Hotel Batu Pahat.. Ramai ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Majlis di hadiri oleh wakil daripada Agro Bank, pihak KPJ Specialist dan juga di rasmikan oleh En Ahmad faiq ramli.

SENARAI PENERIMA SIJIL
1)AISY HAFIY BIN SHAMSUL
2)AMIRAH NAQIYAH BINTI AMRAN
3)NUR IMAN FIRZANAH BINTI BAKRI
4)NUR AIN ZULAIKHA BINTI ABD. RAHMAN
5)MUHAMMAD AQIL SAIFULLAH B. HUSSEINN TENDOT
6)MUHAMMAD FARISH NAJMI BIN MD FASAHARUDDIN
7)MUHAMMAD ZAIM WALDAN BIN MOHD FADZLI
8)NUR SOFEA ZULAIKHA BT ZAINAL ABIDIN
9)MUHAMMAD RAFIQUE BIN RIDZUAN
10)LUQMANULHAKIM BIN JOHAR
11)NUR INSYIRAH BINTI MOHD NOOR
12)NUR AINNA SAFINA BT JEFFRI




















semoga anak-anak cikgu akan terus berjaya di masa hadapan dalam akademik dan juga dalam kehidupan..insyaAllah


















Khamis, 25 Oktober 2012

SeLamaT ULangTahuN ZaiM WaLdaN

Kek Angry Bird istimewa buat anakanda Muhammad Zaim Waldan daripada Mama tercinta

Moga Zaim Waldan menjadi anak yang cemerlang, soleh dan  bijak. Amin.

Jumaat, 21 September 2012

MajLis Hari RayA

Alhamdulillah , sekali lagi ibubapa, pendidik dan anak-anak dapat berkumpul meraikan majlis hari raya 2012

Ucapan Pengarah Projek En Ridzuan

Ucapan Pengerusi PIBP En Fasaharuddin

Marhaban Raya, Selawat diketuai oleh En Lukman

Selasa, 4 September 2012

PenGGamBaraN KoNvOkeSyEn



Majlis Gemilang Permata Kali ke-6 semakin hampir. Persiapan awal iaitu Penggambaran konvokesyen telah dijalankan mengikut kelas dan gambar individu. Pelbagai keletah anak-anak. Ada yang seronok untuk mengambil gambar. Ada juga yang takut dan menangis. Walaubagaimanapun proses penggambaran dapat dijalankan dengan lancar.

Khamis, 16 Ogos 2012

SALAM LEBARAN





Gemersik takbir mengundang hiba,


Salam diutus tanda ingatan,

Syawal dinanti menjelang tiba,

Salam diutus pohon kemaafan.


SELAMAT HARI RAYA DARIPADA KAMI PENDIDIK & PPM PAPN BATU PAHAT


Selasa, 31 Julai 2012

ProgRam RamaDan DekaT di Hati






Majlis berbuka puasa, solat maghrib & isyak berjemaah, solat terawih dan bacaan yasin telah diadakan pada 28 Julai 2012. Terima kasih kepada semua ibubapa, pendidik, PPM yang telah menyumbangkan makanan secara pot luck dan membantu dalam persiapan majlis ini. Semoga majlis ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun.

Jumaat, 6 Julai 2012

SeLamaT Hari JaDi AqiLaH

Wishing u a day soft as silk..


white as milk…

sweet as honey & full of money...

may all ur dreams come true….

HAPPY BIRTHDAY

Rabu, 27 Jun 2012

hARi KeceriAaN




Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa, pendidik, PPM yang hadir pada 25 Jun 2012 bagi menjayakan Hari Keceriaan dan Taman Herba 2012. Keikhlasan anda amatlah dihargai. Tahniah kepada Pengarah Projek, Pn Najmah, Pn Hazlina dan Pn Zaihaslin dengan kejayaan ini.

Isnin, 18 Jun 2012

Lawatan anak PAPN BP ke Balai Bomba Jalan Timah Sari telah diadakan pada 13 Jun 2012. Aktiviti dimulakan dengan demonstrasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya. Kemudian diikuti dengan taklimat ringkas dan melawat galeri bomba. Anak-anak dapat melihat pelbagai jenis pakaian bomba serta alataan yang digunakan oleh bomba untuk menyelamat. Seterusnya anak-anak dibenarkan meneroka lori bomba, motosikal bomba. Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran.




Terima kasih diucapkan kepada pihak bomba yang sudi menerima kunjungan lawatan daripada pihak kami. Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada anak PAPN BP seterusnya mengeratkan hubungan di antara pihak bomba dan pihak PAPN BP.

Jumaat, 8 Jun 2012

SeLamat Hari JAdi NuR Ain zuLaikHa

Sambutan Hari Jadi Nur Ain Zulaikha telah diadakan di Mc'donalds Batu Pahat. Terima kasih diucapakn kepada ibubapa, Pn Rafida & En Farid yang mengundang anak2 PAPN, pendidik dan kakak. ela

Ahad, 27 Mei 2012

HaRi KeLuarGa Ke sunWay, AquariA, ICT shaH aLaM

Hari Keluarga PAPN BP 2012 dijalankan di 3 lokasi yang berbeza. Bergerak menuju ke Aquaria dengan menaiki bas ekspress pada pukul 8.00 pagi. Kemudian tiba di sana tepat jam 11.30 pagi. Semua ibubapa, anak, pendidik dan PPM mengambil gambar bersama dan melakukan aktivti bersama-sama. Tepat jam 3.30 petang, semua berkumpul di bas ekspress untuk bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Aquaria KLCC. Anak-anak sangat gembira dapat melihat pelbagai spesis hidupan air. Ada juga hidupan air yang boleh disentuh dengan tangan seperti gamat. Kembali semula ke bas ekpress tepat jam 6.00 petang untuk meneruskan perjalanan ke ICT Shah alam. Suasana lampu yang cantik memikat hati anak-anak. Kami bergerak pulang ke Batu Pahat tepat jam 9.30 malam. Tahniah kepada Pengarah Projek, Pn Rafida & Cikgu Norafizah atas kejayaan menjayakan Hari Keluarga 2012. Terima kasih kepada semua ibubapa, anak-anak yang menjayakan program ini.

Khamis, 17 Mei 2012

KURSUS PENGURUSAN ASET

Kursus Pengurusan Aset telah diadakan selama 2 hari bertempat di Auditorium Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri bermula 16 hingga 17 Mei 2012. Ketua Pendidik telah hadir dalam mendapatkan ilmu pengetahuan bagi berkongsi dengan semua pendidik dan PPM di pusat masing-masing. Penceramah pada kursus kali ini ialah Puan Hjh Fauziah bt Ayob yang didatangkan khas dari Kementerian Kewangan, JPM. Objektif kursus adalah untuk membolehkan pegawai melaksanakan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan dan mengurangkan teguran audit mengenai Pengurusan Aset dan Stor.