Khamis, 17 Mei 2012

KURSUS PENGURUSAN ASET

Kursus Pengurusan Aset telah diadakan selama 2 hari bertempat di Auditorium Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri bermula 16 hingga 17 Mei 2012. Ketua Pendidik telah hadir dalam mendapatkan ilmu pengetahuan bagi berkongsi dengan semua pendidik dan PPM di pusat masing-masing. Penceramah pada kursus kali ini ialah Puan Hjh Fauziah bt Ayob yang didatangkan khas dari Kementerian Kewangan, JPM. Objektif kursus adalah untuk membolehkan pegawai melaksanakan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan dan mengurangkan teguran audit mengenai Pengurusan Aset dan Stor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan