Ahad, 11 Disember 2011

GOTONG ROYONG PERDANA 2011






Program gotong royong Perdana telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Disember 2011. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang turut sama hadir membersihkan dan menceriakan PAPN Batu Pahat.

Program bermula tepat jam 8.30 pagi. Pengarah Projek bagi program ini ialah Pn Hendon Tohrikat. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hendon, Pn Roliah, Cikgu Hani yang membawa juadah untuk program pada kali ini.

Isnin, 5 Disember 2011

MAJLIS GEMILANG PERMATA 2011


Majlis Gemilang Permata Kali ke-4 PAPN Batu Pahat telah diadakan pada 26 November 2011 di Dewan Balai Bomba, Jalan Timah Sari Batu Pahat. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada vvip yang terdiri daripada Tn Fauzi selaku Ketua Balai Bomba merangkap perasmi majlis pada malam itu, En Faiq selaku Pegawai Pemantau PERMATA, En Nazrul, wakil Agrobank Batu Pahat dan En Ahmad Fuad wakil Sek Keb Temenggung Ibrahim Penggaram selaku sekolah angkat PAPN Batu Pahat.

Gandingan mantap dua pengacara hebat iaitu Pn Safinaz dan En Izwan amat menyerikan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Hussien Tendot. VIP dan tetamu dihiburkan dengan persembahan lakonan anak-anak 4 tahun yang bertajuk "Air dicincang takkan putus", persembahan nyanyian lagu PERMATA serta ucapan daripada anak-anak 4 tahun iaitu adik Aliyah, Aina, Syazwan dan Insyirah.

PAPN BP amat berbesar hati dengan pihak Agrobank yang sudi menaja hadiah kepada 7 anak-anak yang membuat simpanan tertinggi. Tahniah diucapkan kepada adik Shakir Aiman, Iman Firzanah, Taufik, Amirah, Insyirah, Hafiy, dan adik Aina Farisyah.