Jumaat, 19 Ogos 2011

Cenderahati daripada Klinik Pergigian Batu Pahat



TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK KLINIK PERGIGIAN BATU PAHAT YANG SUDI MEMBERI CENDERAHATI ISTIMEWA BUAT ANAK-ANAK PERMATA BATU PAHAT. SEMOGA ANAK-ANAK RAJIN MEMBERUS GIGI SUPAYA GIGI BERSIH, SIHAT DAN KUAT.

Ahad, 7 Ogos 2011

Program Ramadan Dekat di Hati





Sempena bulan Ramadan yang mulia, PIBP PAPN Batu Pahat telah mengadakan Program Ramadan Dekat di Hati di mana Majlis Berbuka, solat Magrib dan Isyak berjemaah, bacaan yasin dan solat Terawih telah diadakan pada 6 Ogos 2011. Terima kasih kepada semua AJK yang bersungguh menjayakan Program ini. Tahniah kepada Pengarah Projek Puan Rohaya dan En Fauzi kerana telah berjaya mengadakan Program ini.

Majlis Berbuka Puasa dan Solat berjemaah diserikan dengan kehadiran Imam Ustaz Shahrul Anuar daripada Pejabat Agama Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada ustaz kerana sudi meluangkan masa bersama Program Ramadan Dekat di Hati PAPN Batu Pahat.

Khamis, 4 Ogos 2011

LAWATAN PPM & GURU PRA SEKOLAH KE PAPN BATU PAHAT






Pada 28 Julai 2011, seramai 40 orang PPM dan Guru Pra Sekolah Daerah Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke PAPN Batu Pahat. Sesi pertama iaitu tayangan maklumat dan sesi soal jawab mengenai PAPN telah diadakan di ruang utama PAPN.
Sesi kedua iaitu lawatan ke sudut dan bilik sekitar PAPN dan serba sedikit penerangan daripada pendidik.
Sesi ketiga adalah jamuan ringan dan sesi bergambar sebelum pelawat bertolak pulang