Jumaat, 30 September 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR fAriSh NajMi




KALAU RINGAN ITU KAYU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
KALAU BERAT ITU BATU,
MAY GOD BLESS YOU TOO.

Ahad, 25 September 2011

LAWATAN AESEC KE PAPN BATU PAHAT





Pada 23 September 2011, pihak AECES (Association For Early Childhood Educators Singapore) telah mengadakan lawatan profesionalisme ke Permata Batu Pahat. Sesi taklimat, sesi Q & A telah diadakan di antara Ketua Pendidik dan Pendidik bersama-sama dengan pelawat. Pihak Permata Batu Pahat sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak AECES kerana kami dapat bertukar idea dan berkongsi ilmu.
Sedikit jamuan ringan disediakan oleh pihak PAPN BP untuk pelawat. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang turut sama membantu memberi penerangan serta melayan pelawat ketika jamuan.

Khamis, 22 September 2011

nAtuRe WaLk ke TERmiNaL FeRi MinYak BeKu






Tema bulan September adalah kenderaan. Oleh yang demikian, pendidik telah membawa anak-anak PAPN BP nature walk ke Terminal Feri Minyak Beku, Batu Pahat. Walaupun daripada jauh dapat melihat feri, boat, anak-anak sangat teruja dapat melihatnya.

Rabu, 21 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 15





Marhaban rumah ke-15 adalah rumah Adik Aisy Hafiy yang terletak di Taman Bukit Flora. Terima kasih diucapkan kepada ayah dan ibu adik Hafiy (Pn Amida dan En Shamsul) di atas kesudian menerima kunjungan kami. Hidangan pada malam ini dikongsi bersama dengan Pn Najmah, Pn Suzilah dan En Hussien. Menu yang sangat istimewa iaitu Mi Bandung, Otak-otak, Bubur Pulut Hitam, Nuget dan Buah-buahan.

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 14





Marhaban rumah ke-14 adalah rumah adik Aqil Saifullah yang terletak di Taman Banang Jaya. Terima kasih diucapkan kepada papa dan mama adik Aqil (En Hussien dan Pn Salinah) atas menerima kunjungan marhaban daripada PAPN BP

Selasa, 20 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 13






Tiba giliran marhaban PAPN BP ke rumah adik Imran yang terletak di Taman Miri. Terima kasih kepada mama dan ayah adik Imran (Pn Wan Azalia dan En Eddyham) di atas kesudian menerima kunjungan daripada kami.

Isnin, 19 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 12






Marhaban PAPN masih lagi diteruskan dengan kunjungan ke rumah Cikgu Hajar yang terletak di Taman Sri Penggaram. Tuan rumah telah menyediakan pelbagai juadah, antaranya mi rebus, pecal, puding,jeli kelapa dan kuih-muih. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah di atas kesudian menerima kunjungan kami.

Rabu, 14 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 11





Marhaban yang ke 11 adalah rumah Nenda Adik Khalis Irdina yang terletak di Parit Kuda. Alhamdulillah, walaupun hujan mengiringi perjalanan, konvoi marhaban selamat tiba di rumah. Terima kasih kepada tuan rumah, ummi dan abah Dina atas jemputan marhaban pada tahun ini.

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 10





Marhaban diteruskan dengan rumah Adik amir Hariz. Terima kasih diucapkan kepada Puan Haliza dan En Shafie(ayah dan mama) di atas undangan ke rumah.

Ahad, 11 September 2011

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 9






Punggur menjadi lokasi ke-9 bagi Program Marhaban Raya 2011 iaitu rumah adik Nur Iman Firzanah. Terima kasih diucapkan kepada mama dan papa adik Iman (Puan Safinaz dan En Bakri)atas kesudian menerima kunjungan kami. Menu istimewa disediakan iaitu Sup Gear Box.

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 8






Warga PAPN BP meneruskan Program Marhaban ke rumah PPM (Kak Lin) yang terletak di Rengit. Terima kasih di atas kesudian tuan rumah mengundang kami.

MARHABAN PAPN 2011-RUMAH 7




Tiba giliran Marhaban PAPN BP Rumah ke-7 iaitu Rumah adik Syazwan (anak Permata). Terima kasih diucapkan atas kesudian ibubapa adik Syazwan (En Hazimin dan Puan Shakilah)menjemput Warga PAPN BP.