Ahad, 20 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kali Ke-3






Pada Sabtu, 19 Februari 2011, PAPN Batu Pahat telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Kali ke-3. Majlis dimulakan dengan perarakan dan bacaan selawat nabi yang diketuai oleh En Ahmad Hazimin. Selesai berarak, semua hadirin mengambil tempat bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Hjh Fazidah Mohd Yusof dengan tajukknya 'Membina Umat' dan 'Peranan Ibubapa Dalam Melahirkan Anak-anak yang Soleh dan Solehah'.

Majlis diserikan dengan bacaan selawat oleh kumpulan bapa dan diikuti oleh persembahan nasyid oleh kanak-kanak berumur 4 tahun dengan 3 buah lagu iaitu 'Selawat Nabi, Insyallah, dan Tomat Maksiat'.

Majlis dijamukan dengan nasi baryani, ayam sambal, daging baryani, dalca, limau dan air oren. Terima kasih pada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ilmiah ini dan terima kasih pada semua penyumbang-penyumbang yang menyumbang dengan ikhlas untuk merealisasikan majlis sambutan maulidur rasul 2011 ini.Tahniah kepada Pengarah Projek iaitu Puan Rafida dan En Hussien Tendot.

Khamis, 17 Februari 2011

pErSiApAn MauLiduR RaSuL 2011






Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ibubapa amatlah membanggakan. Sesi gotong royong dan persiapan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kali ke-3 dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir.