Isnin, 18 Jun 2012

Lawatan anak PAPN BP ke Balai Bomba Jalan Timah Sari telah diadakan pada 13 Jun 2012. Aktiviti dimulakan dengan demonstrasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya. Kemudian diikuti dengan taklimat ringkas dan melawat galeri bomba. Anak-anak dapat melihat pelbagai jenis pakaian bomba serta alataan yang digunakan oleh bomba untuk menyelamat. Seterusnya anak-anak dibenarkan meneroka lori bomba, motosikal bomba. Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran.




Terima kasih diucapkan kepada pihak bomba yang sudi menerima kunjungan lawatan daripada pihak kami. Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada anak PAPN BP seterusnya mengeratkan hubungan di antara pihak bomba dan pihak PAPN BP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan