Rabu, 26 Mei 2010

LawaTaN ke BaLai bomBa JaLaN tiMah sAri






Lawatan ini telah diadakan pada Selasa, 25 Mei 2010. Seramai 15 orang kanak-kanak PAPN BATU PAHAT telah menyertai aktiviti ini. Alhamdulillah, aktiviti sebegini mendapat galakan dan kerjasama yang baik daripada pihak Bomba terutamanya Ketua Balai.

Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan HaRi GuRu BeRsAmA WaRga PAPn BatU PahAt






PAPN Batu Pahat telah mengadakan sambutan hari guru bersama warga PAPN, anak-anak PERMATA dan guru pratikal KEMAS. Pelbagai aktiviti permainan telah dijalankan. Antaranya, cari gula dalam tepung, music chair, makan epal, dan sebagainya.Terima kasih kepada ibubapa yang memberi sumbangan makanan.

Isnin, 3 Mei 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR 2010






Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anak2ku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

mAjLis PeRpisaHaN CiKgU MiLa & CiKgU MiN



9 April 2010, Warga PAPN Batu Pahat telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Mila & Cikgu Min (Guru Praktikal) serta kejutan kek hari Lahir untuk Cikgu Yanti, Cikgu Jiha dan Kak Rima.