Khamis, 24 Jun 2010

JaMuaN PerPiSaHaN 23 JuN 2010





Seramai 3 orang pendidik(Cikgu Mariyanti, Cikgu Siti Najihah, Cikgu Siti Andzar) akan menyambung KPLI-PERMATA pada 28.6.2010.Sehubungan itu, warga PAPN Batu Pahat telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk mereka. Semoga mereka berjaya mendapat kecemerlangan.

Ahad, 20 Jun 2010

FaMiLy DAy PaPn BPaHAT 'SanTai SamA-saMa'






Pada 19 Jun 2010, PIBP PAPN Batu Pahat telah mengadakan Hari Keluarga 2010 di Melaka. Seramai 100 orang telah mengikuti program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa, anak-anak PAPN dan pendidik. Pelbagai aktiviti telah diadakan di antaranya melawat Zoo Melaka, bersiar-siar di Dataran Pahlawan, menaiki beca dan sebagainya.

Isnin, 14 Jun 2010

PEmeriKSaAn giGi





Pada 15 Jun 2010, Pasukan Pergigian Bergerak daripada Klinik Pergigian Batu Pahat telah hadir ke PAPN Batu Pahat untuk memeriksa gigi kanak-kanak. Di samping itu, kanak-kanak dan ibubapa juga diberi penerangan cara menjaga gigi dan diajar kaedah memberus gigi yang betul.

Ahad, 13 Jun 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR iMaN & iKA




Genap 2 tahun, Iman(6 Jun)dan Ika(7 Jun).Semoga di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur .Moga menjadi anak yg solehah.

Jumaat, 11 Jun 2010

MaJLiS PeRpiSaHAn PeMbAnTu PeNgURuSaN MuRiD





11 Jun 2010 merupakan hari terakhir Kak Nurul dan Kak Ros (PPM) bertugas di PAPN Batu Pahat. Mereka akan memulakan tugas di PAPN Felda Tenggaroh. Warga PAPN Batu Pahat mengucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru.