Isnin, 6 September 2010

MAjLis BeRBukA PuAsA & SoLaT TeRawiH






SEBELUM MAJLIS

Persiapan sebelum majlis telah diadakan pada hari sabtu jam 9.30 pagi. Beberapa ibubapa telah hadir bersama-sama dengan pendidik bagi membuat serba sedikit persediaan. Antaranya menyusun kerusi dan meja, menghias meja buffet, memasang pelita dan mengemas ruang dalam PAPN yang akan digunakan sebagai ruang solat. Alhamdulillah, pihak MPBP (sekalung terima kasih buat Puan Rafida yang menguruskan) telah menyediakan 2 buah khemah, 100 buah kerusi dan 6 buah meja buffet. Manakala Jabatan Penerangan Batu Pahat (sekalung terima kasih buat Puan Haliza yang menguruskan) telah menyediakan set Portable PA System.

KETIKA MAJLIS

Ibubapa hadir ke PAPN jam 6.00 petang. Pelbagai juadah telah dimasak oleh kaum ibu daripada rumah. Antaranya Sup Makaroni, Nasi Goreng, KFC, Mee Goreng, Dadih, Jeli Kelapa, minuman istimewa Air Ribena serta bermacam jenis juadah. Sebaik sahaja azan berkumandang, kami semua hanya berbuka dengan kurma, kuih dan air. Kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah berimamkan oleh Pegawai Agama Daerah Batu Pahat. Selesai sahaja solat Maghrib, barulah kami semua menikmati hidangan yang telah dibawa oleh semua ibubapa.

Sebelum solat Isyak, kami semua mengadakan bacaan Yasin. Seterusnya Solat Isyak dan Solat Terawih berjemaah. Terima kasih diucapakan kepada warga PAPN Batu Pahat yang sama-sama mengimarahkan bulan Ramadan di PERMATA.

Jumaat, 3 September 2010

AktiViti MeMbuAt KuiH BatiK




Yea Yea cikgu nak ajar kami buat kuih raya...Inilah yang anak-anak sibuk bercerita dengan kawan-kawan mereka. Hari ini Cikgu Su dan Kak Rima nak ajar anak-anak buat Kuih Batik. Cikgu terangkan semua bahan-bahan yang diperlukan iaitu-Biskut Marie, Milo, Susu Pekat Manis, Butter. Mula-mula anak-anak bahagikan biskut marie kepada dua bahagian dan letak dalam pinggan plastik masing-masing...Kemudian, Kak Rima tunjuk pada anak-anak cara membuat kuih batik...Mula-mula cairkan butter dalam kuali, kemudian masukkan milo dan susu pekat manis, kacau hingga sebati..Kemudian masukkan biskut marie..Tugas anak-anak yang terakhir ialah masukkan biskut tadi ke dalam loyang dan tekan dengan menggunakan sudu..Dan masukkan ke dalam peti ais...Yummy...tak sabar anak-anak nak rasa...