Khamis, 21 April 2011

HARI kELUARGA 2011






Hari Keluarga PAPN Batu Pahat telah diadakan pada 16 dan 17 April 2011 di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya mandi manda di taman tema, BBQ di Pantai Teluk Kemang pada sebelah malam, bermain game Kotak Beracun, game Sahut Menyahut, dan game Wow...Panjangnya.

Pada 17 April 2011, program diteruskan dengan lawatan ke Ostrich Farm. Anak-anak PAPN Batu Pahat sangat teruja dengan melihat pelbagai jenis haiwan terutamanya Burung Unta. Ibubapa mahupun anak-anak boleh menaiki burung unta dan akan menerima sijil daripada pihak Ostrich Farm.

Tahniah diucapkan kepada semua Pengarah Program iaitu Puan Azidah, Puan Hamimah, Puan Suraiya dan En Ahmad Hazimin kerana berjaya menjayakan Hari Keluarga 2011. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua warga PIBP PAPN Batu Pahat yang bekerjasama dan bermuafakat menjayakan program ini.

Khamis, 14 April 2011

MuraL




Alhamdulillah, berkat kerjasama semua staf PAPN Batu Pahat, mural alam semulajadi ini berjaya disiapkan. Mural ini adalah mengenai proses penanaman pokok bunga. Ianya sesuai untuk pembelajaran anak-anak PAPN Batu Pahat.

Selasa, 5 April 2011

i LikE SanDwiCh






Aktiviti anak-anak 3-4 tahun iaitu membuat sandwich sardin. Anak-anak sangat hebat dan berbakat dalam menghasilkan sandwich masing-masing. Bila sandwich telah siap, anak-anak baca doa makan dan makan bersama kawan-kawan.