Selasa, 2 Julai 2013

JEREBU...

Salam kemesraan...

Baru-baru ini masalah jerebu melanda Negara kita tidak ketinggalan juga di kawasan PAPN BATU PAHAT di mana udara yang di sedut amat berbahaya kepada kesihatan kanak-kanak. oleh itu aktiviti luar tidak di adakan...namun ini tidak mematahkan semangat kanak-kanak untuk hadir ke Permata.

ibu bapa juga amat memahami situasi ini dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pendidik untuk mengasuh anak mereka.

Bagaimanapun Permata terpaksa di tutup berikutan jerebu yang teruk melanda pada 24 JUN 2013 (isnin) setelah menerima arahan daripada Pihak Bahagian Permata.

Alhamdulillah semua kanak-kanak dan juga pendidik masih sihat dan bersemangat ntuk ke Permata lagi...Di harapakan dengan ujian yang mendatang ini akan menjadikan mereka lebih matang dan bersemangat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan