Rabu, 27 Februari 2013

Sambutan Maulidurrasul 2013

Sambutan Maulidurrasul Peringkat PAPN Batu Pahat telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 24 Februari 2013. Majlis dimulakan dengan perarakan dan bacaan selawat nabi dari Rumah Persinggahan ke PAPN Batu Pahat. Seterusnya semua ibubapa, kanak-kanak, tetamu jemputan masuk ke ruang ceramah.



Majlis diteruskan dengan persembahan bacaan al-fatihah, bacaan doa-doa dan nasyid 'Anak Nabi Kita' oleh kanak-kanak berumur 4 tahun.


Seterusnya Majlis diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shamsul, Imam Masjid Yong Peng.



Majlis diakhiri dengan jamuan dan bersama-sama mengemas PAPN seperti sediakala. Terima kasih kepada semua ibubapa, pendidik kerana bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan